Jumaat, 3 Disember 2010

Taklimat Pengumpulan Data NILAM 2010

Taklimat pengumpulan data NILAM telah diadakan pada 25 Mac 2010 bertempat di Bilik Gerakan, SABK Maahad Islahiah Addiniah. Seramai 10 orang guru kelas yang juga merupakan guru NILAM membincangkan kaedah-kaedah pengumpulan data dengan menggunakan borang baru dan isu-isu berbangkit yang berlaku semasa proses pengumpulan data.

Guru-guru kelas telah diberi penerangan cara pelaksanaan aktiviti Rakan Pembaca, cara merekod mata terkumpul dan bertanggungjawab mengesahkan aktiviti Rakan Pembaca. Guru-guru kelas juga diminta mengenal pasti murid-murid yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai Tokoh NILAM Sekolah.