Mentor-mentee Tokoh NILAM merupakan salah satu aktiviti Rakan Pembaca. Seramai 6 orang calon Tokoh NILAM Peringkat Sekolah telah mengikuti program ini. Mereka terdiri daripada Siti Nur 'Amirah Farhanah, Nur Fazira Eriza, Nor Zakiah, Nurul Khalidah, Nurul Hafizah dan Siti Rozaida. Tokoh NILAM Sekolah tahun 2009, Zahrul Azman bin Selamat selaku mentor berkongsi tips dan rahsia menjadi Tokoh NILAM. Mereka juga membuat latihan untuk Pemilihan Tokoh NILAM bagi tahun 2010 yang diselia oleh Guru Perpustakaan dan Media dan Pembantu PSS, Pn. Saitul Aznam.