Taklimat Program NILAM kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu telah diadakan pada 8 Januari 2011 bertempat di makmal sains. Taklimat selama satu jam telah disampaikan oleh Guru Perpustakaan & Media. Pelbagai maklumat berkaitan Program NILAM telah didedahkan. Antaranya termasuklah tahap pencapaian NILAM iaitu Jauhari dan Rakan Pembaca, aktiviti-aktiviti NILAM dan sistem ganjaran dan pengiktirafan. Para pelajar Tingkatan Satu berasa seronok pada hari tersebut kerana bukan sahaja mendapat maklumat mengenai Program NILAM malahan mendapat hadiah misteri apabila berjaya menjawab soalan yang dikemukakan.