NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar.
MATLAMAT
OBJEKTIF
SEJARAH
TAHAP PENCAPAIAN
KONSEP RAKAN PEMBACA
MATLAMAT
- Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar
OBJEKTIF
- Menjadikan pelajar suka membaca
- Menggalakan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
SEJARAH
- Program NILAM bermula pada tahun 1988 (peringkat kebangsaan)
- Di peringkat negeri Perak bermula pada tahun 1999
- Semua pelajar diwajibkan menyertai program ini
TAHAP PENCAPAIAN
- Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Aktiviti yang menjurus kepada penguasaan kemahiran membaca serta memupuk tabiat membaca yang berterusan.
- Tahap Rakan Pembaca - Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca. Pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca setelah membaca 100 buah buku.
KONSEP RAKAN PEMBACA
- Setelah membaca 100 buah buku
- Pelajar akan mencari rakan untuk menyertai aktiviti RP
- Guru Pembimbing akan menetapkan hari dan masa untuk menjalankan aktiviti
- Setiap aktiviti akan diberi markah
- Maksima 5 markah
- Rekod Membaca - Menjadi tanggungjawab pihak sekolah membekalkan buku rekod membaca kepada semua pelajar
- Pengesahan Pembacaan - Setiap buku yang dibaca, pelajar akan membuat sinopsis dalam buku rekod Program NILAM mengikut format yang ditentukan. Guru akan mengesahkan rekod membaca pelajar dengan menurunkan tandatangan dan tarikh disemak.