Selasa, 25 Januari 2011

NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca

NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar.

MATLAMAT

  • Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar


OBJEKTIF

  • Menjadikan pelajar suka membaca
  • Menggalakan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca


SEJARAH

  • Program NILAM bermula pada tahun 1988 (peringkat kebangsaan)
  • Di peringkat negeri Perak bermula pada tahun 1999
  • Semua pelajar diwajibkan menyertai program ini


TAHAP PENCAPAIAN

  • Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Aktiviti yang menjurus kepada penguasaan kemahiran membaca serta memupuk tabiat membaca yang berterusan.
  • Tahap Rakan Pembaca - Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca. Pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca setelah membaca 100 buah buku.


KONSEP RAKAN PEMBACA

  • Setelah membaca 100 buah buku
  • Pelajar akan mencari rakan untuk menyertai aktiviti RP
  • Guru Pembimbing akan menetapkan hari dan masa untuk menjalankan aktiviti
  • Setiap aktiviti akan diberi markah
  • Maksima 5 markah
ELEMEN NILAM

  • Rekod Membaca - Menjadi tanggungjawab pihak sekolah membekalkan buku rekod membaca kepada semua pelajar
  • Pengesahan Pembacaan - Setiap buku yang dibaca, pelajar akan membuat sinopsis dalam buku rekod Program NILAM mengikut format yang ditentukan. Guru akan mengesahkan rekod membaca pelajar dengan menurunkan tandatangan dan tarikh disemak.